Assalamualaikum
pembuka bicara. *pembuka bicara lah sangat kan* heh. Actually dh berzaman aku
create blog ni. Tapi sepanjang tahun lepas tak dapat nak update kerana
menumpukan perhatian sepenuhnya untuk Sijil Pelajaran Malaysia. *Nampak tak
poyo dia??* *bajet tumpu tapi manjang Derek addmath bawah sepuluh jaa,kbye*
okay mesti korang pelik dah apehal tiba tiba gambaq cik iera bucuk ni keluaq en? tujuan sebenarnya sengaja nak bagi korang ingat siapa empunya blog ni. itu je motif dia. puihh.
So,for the first update untuk tahun ni aku
bukakkan blog aku dengan tajuk hantu. Why tajuk hantu? Bukan sengaja nak jet
jet semut buat cerita panas ala ala kisah hantu uitm Melaka,tapi nak keluarkan
satu per satu story hantu yang sejak azali aku SAVE dalam kepala aku.
Disebabkan kepala otak aku memory semacam full *full dengan benda benda meqapu
tahap gaban* so aku decide nk kongsi dengan semua melalui blog aku yang dah
bersawang ala ala spiderman punya sawang. Pehh pehh pehh.
*mohon tutup sound cause nanti asyik dengar lagu sweet ni hantu pun tergelak*
AMARAN :
1) Aku tidak menggalakkan sesiapa
yang tak berani,penakut,pengecut,lemah tenaga, lemah semangat untuk baca story
blog aku kali ni.
2) Yang lemah tenaga batin tidak
mengapa. Heh.
3) Pastikan korang baca berseorangan.
4) Sebelum baca, pandang ke syiling
selama 13 saat, pandang ke kanan 13 saat, pandang ke kiri 13
saat.....tapi..jangan..pandang....BELAKANG! JANGAN !
5) Jikalau mengalami sebarang
“gangguan’. Disarankan membaca surah “tiga kul” dan juga ayat kursi sebagai
pendinding.
~ Kalau AMARAN no.3 korang tak ikut.
~ Kalau AMARAN no.4 korang tak berani
nak buat.
~ Kalau AMARAN no.5 korang dah rasa
seram.
KORANG DIISTIHARKAN SEBAGAI LEMAH
SEMANGAT !!!
k.aku gurau. Chill............
ni makcik jiran belakang rumah yg tunggu anak dia balik dari mengaji.
( iklan sebentar )
Bermulanya kisah ~
Seriously
story ni pokok pangkalnya bukan aku sengaja reka-reka. Tapi kejadian ni betul
betul berlaku dan dialami oleh kawan ayah aku sendiri. Kejadian ni telah lama
berlaku dalam tahun 90 an macam itu (
ayat ala ala karangan BM ). Kemudiannya diceritakan ayah aku kepada
aku,seterusnya dari aku kepada kamu. *Nampak permainan dia? nampak tak??* even dah lama,aku
tak pernah lupa kisah ni cause ayah aku asyik ulang cerita ni tak habis habis.
*kau tahu astrokan? Haa lebih kurang mcm tu,suka ulang ulang* . Krik krik krik
Cite dia
cemni.......
Time tu weekend
kawan kawan ayah aku plan nak pergi memancing sama sama,dalam 6,7 orang .
Dorang bertolak malam dalam pukul 9 macam tu,konvoi dua kereta. Agak jauh gak
perjalanan. * tak ingat destinasi* destinasi??? Tempat sudehh..dah sampai
tempat tu dorang pun start mancing bagai sampailah dekat tengah malam buta.
Pukul 1.30 pagi group kereta pertama decide nak balik. So yg group kreta kedua
ni kata “korang gerak ah dulu,nanti kita org follow belakang”
*tahun 90 an ayat
cemni ke?, tipu iera ni. Kah kah kah* ahh janji korang paham en en en.
So,yang
group kreta first ni pun gerak dulu. Time tu highway belum siap lagi. RnR yg
ada jamban cantik cantik,siap KFC,playground bagai memey tak wujud ah citer
dia. Jalan gelap gelita,lalu kebun getah,hutan rimba semua,jalan kampung.
Kampung pun lampu tak berape nak ada. Guna pelita je satu kampung. Romantik
kalah kau. Heh.
Dalam
perjalanan tu,Driver dh mula rasa mengantuk. Mana taknya dah pukul 2 pagi.
Kalau setakat berjaga online twitter,bukak mata sebelah pun boleh. Ni driving..gila
kau tak ngantuk doe. Dorang pikir nak berhenti kat warung mana mana singgah
minum jap. Basahkan tekak,hangatkan tekak dengan ayaq panaihh...
Dalam 1 km
lepastuh, dari jauh dorang Nampak macam bercaya terang berderang and orang pun
boleh tahan ramai. Rupa rupanya kedai makan cina. So yang si driver ni
cadangkan minum je kat kedai Cina tu,janji jangan makan sudeh. Minum pun jadi
lah bagi hilang dahaga and mengantuk lagipun sambil tunggu group kreta lg satu.
Yang lain pun kira On je ah.
Bila dorang
masuk je kedai makan cina tu,semua pelanggan cina dalam kedai tu usha ketat jee
kat dorang. Mana taknya melayu sesat masuk kedai cina dah kenapa? Time tu
istilah 1 Malaysia tak wujud lagi. *tetibe*
Sorang amoi
ni pun mintak order “mau minum apa?” TEH TARIK EMPAT. Semua bantai minum
sama,tak pikir ape dah. Dahaga. Dahaga... kedai cina tu memang riuh. Dorang pun
bantai sekali riuh sembang,even dorang je riuh cakap melayu. Keh keh keh.
Dah habis
lincin teh dorang teguk. Yg si driver ni bangun g kat uncle kat kaunter nak
bayar. Yang peliknya uncle tu cakap teh tarik tu semua dah bayar. “wei,hampa
dah bayaq ka?” member ayah aku tanya member yg lain...semua pakat geleng kepala
tanda belum. Tapi uncle tu kata dah bayar. So dorang time tu muda muda lagi,so
dengar kata takpayah bayar memey watlek wat peace ahh “rezeki katanyaaaa”
Keluar je
dari warung baru dorang teringat... perghh mana pergi second group ni? Kalau
dah lalu takkan taknampak kereta kita ni? Haihh. Dah 20 minit kita kat sini.
Baru je
cakap tiba tiba nampaklah kereta second group ni.
*Yang kereta
baru sampai ni pun turunkan cermin kereta dia*
Second group
: wei,sorry lambat. Korang apehal tercegat kat sini?
First group
: Tunggu korang lambat sangat singgah pekena teh tarik sat. Legaa...
Second group
: Teh tarik ape kejadahnya kat KUBUR CINA NI !!!????
*semua
terdiam*
*perlahan
lahan sorang sorang toleh kepala pandang belakang*
*krik krik
krik krik*
BETUL !
Memang takde
warung terang berderang tadi.
Yang ada
Cuma............KUBUR CINA lama.....yang penuh semak samun.....rumput lalang
semua tinggi.......
Second group
: Dah ah wei,masuk kereta cepat. Jum gerak balik sama.
*semua cepat
cepat masuk kereta*
*sepanjang
perjalanan balik,tak ada sorang pun yg bersuara dalam kereta. Semua diam
membisu macam takde mulut.muka pucat macam mayat hidup*
Sampai
sekarang dorang still tertanya tanya. Dan korang para pembaca pun confirm
tertanya tanya.
1) Kenapa
dorang je Nampak warung cina tu? Tapi group satu lagi tak Nampak?
2) Air teh
tarik panas yang dorang minum tu sebenarnya apa?
3) Kenapa
uncle cina tu kasi minum free?
Aku ada
jawapan bagi semua soalan kat atas..Cuma..aku pakai kepala otak aku sendiri...
a.k.a pakai hentam.
Setuju tak
setuju dengan jawapan aku itu korang punya pasal. Lagipun story ni ayah aku yg
citer kat aku bukan kat korang. *nampak permainan dia?* Wekkk. Lol
1) Kenapa
dorang je Nampak warung cina tu? Tapi group satu lagi tak Nampak?
Jawapan :
sebab group lagi satu tak dahaga.
2) Air teh
tarik panas yang dorang minum tu sebenarnya apa?
Jawapan :
teh tarik warna coklat cair. So berkemungkinan besar air kencing cina ataupun air taik cirit. *boleh muntah kalau
nak*
3) Kenapa
uncle cina tu kasi minum free?
Jawapan :
Dah kata takat air kencing,air taik, nak mintak duit buat apa kan? Daripada
membazir buang kat jamban,lebih baik derma kt orang yg dahaga. lol
k.bodoh.
aku tahu........
tapi sekurang kurangnya aku usaha gak ah nak jawab soalan. yang korang asyik sibuk nak baca jawapan aku jee. keh keh keh.
actually ada berlambak lagi story hantu yang aku nak cerita. tapi.. tunggu next post lah yer. lagi seram. ni takdelah seram sangat..... ni saja nak *pembuka bicara* wahh gitu..
ps : Tak seram? ada aku bagi tahu awal awal tadi story hantu ni seram? takde kan kan? k.bye