Selasa, 5 Februari 2013


Assalamualaikum pembuka bicara. *pembuka bicara lah sangat kan* heh. Actually dh berzaman aku create blog ni. Tapi sepanjang tahun lepas tak dapat nak update kerana menumpukan perhatian sepenuhnya untuk Sijil Pelajaran Malaysia. *Nampak tak poyo dia??* *bajet tumpu tapi manjang Derek addmath bawah sepuluh jaa,kbye*



okay mesti korang pelik dah apehal tiba tiba gambaq cik iera bucuk ni keluaq en? tujuan sebenarnya sengaja nak bagi korang ingat siapa empunya blog ni. itu je motif dia. puihh.


 So,for the first update untuk tahun ni aku bukakkan blog aku dengan tajuk hantu. Why tajuk hantu? Bukan sengaja nak jet jet semut buat cerita panas ala ala kisah hantu uitm Melaka,tapi nak keluarkan satu per satu story hantu yang sejak azali aku SAVE dalam kepala aku. Disebabkan kepala otak aku memory semacam full *full dengan benda benda meqapu tahap gaban* so aku decide nk kongsi dengan semua melalui blog aku yang dah bersawang ala ala spiderman punya sawang. Pehh pehh pehh.


*mohon tutup sound cause nanti asyik dengar lagu sweet ni hantu pun tergelak*



AMARAN :

1) Aku tidak menggalakkan sesiapa yang tak berani,penakut,pengecut,lemah tenaga, lemah semangat untuk baca story blog aku kali ni.


2) Yang lemah tenaga batin tidak mengapa. Heh.


3) Pastikan korang baca berseorangan.


4) Sebelum baca, pandang ke syiling selama 13 saat, pandang ke kanan 13 saat, pandang ke kiri 13 saat.....tapi..jangan..pandang....BELAKANG! JANGAN !


5) Jikalau mengalami sebarang “gangguan’. Disarankan membaca surah “tiga kul” dan juga ayat kursi sebagai pendinding.



~ Kalau AMARAN no.3 korang tak ikut.
~ Kalau AMARAN no.4 korang tak berani nak buat.
~ Kalau AMARAN no.5 korang dah rasa seram.




KORANG DIISTIHARKAN SEBAGAI LEMAH SEMANGAT !!!




k.aku gurau. Chill............




ni makcik jiran belakang rumah yg tunggu anak dia balik dari mengaji.
( iklan sebentar )



Bermulanya kisah ~


    Seriously story ni pokok pangkalnya bukan aku sengaja reka-reka. Tapi kejadian ni betul betul berlaku dan dialami oleh kawan ayah aku sendiri. Kejadian ni telah lama berlaku dalam tahun  90 an macam itu ( ayat ala ala karangan BM ). Kemudiannya diceritakan ayah aku kepada aku,seterusnya dari aku kepada kamu. *Nampak permainan dia? nampak tak??* even dah lama,aku tak pernah lupa kisah ni cause ayah aku asyik ulang cerita ni tak habis habis. 
*kau tahu astrokan? Haa lebih kurang mcm tu,suka ulang ulang* . Krik krik krik



Cite dia cemni.......


    Time tu weekend kawan kawan ayah aku plan nak pergi memancing sama sama,dalam 6,7 orang . Dorang bertolak malam dalam pukul 9 macam tu,konvoi dua kereta. Agak jauh gak perjalanan. * tak ingat destinasi* destinasi??? Tempat sudehh..dah sampai tempat tu dorang pun start mancing bagai sampailah dekat tengah malam buta. Pukul 1.30 pagi group kereta pertama decide nak balik. So yg group kreta kedua ni kata “korang gerak ah dulu,nanti kita org follow belakang” 

*tahun 90 an ayat cemni ke?, tipu iera ni. Kah kah kah* ahh janji korang paham en en en.

So,yang group kreta first ni pun gerak dulu. Time tu highway belum siap lagi. RnR yg ada jamban cantik cantik,siap KFC,playground bagai memey tak wujud ah citer dia. Jalan gelap gelita,lalu kebun getah,hutan rimba semua,jalan kampung. Kampung pun lampu tak berape nak ada. Guna pelita je satu kampung. Romantik kalah kau. Heh.

Dalam perjalanan tu,Driver dh mula rasa mengantuk. Mana taknya dah pukul 2 pagi. Kalau setakat berjaga online twitter,bukak mata sebelah pun boleh. Ni driving..gila kau tak ngantuk doe. Dorang pikir nak berhenti kat warung mana mana singgah minum jap. Basahkan tekak,hangatkan tekak dengan ayaq panaihh...

Dalam 1 km lepastuh, dari jauh dorang Nampak macam bercaya terang berderang and orang pun boleh tahan ramai. Rupa rupanya kedai makan cina. So yang si driver ni cadangkan minum je kat kedai Cina tu,janji jangan makan sudeh. Minum pun jadi lah bagi hilang dahaga and mengantuk lagipun sambil tunggu group kreta lg satu. Yang lain pun kira On je ah.

Bila dorang masuk je kedai makan cina tu,semua pelanggan cina dalam kedai tu usha ketat jee kat dorang. Mana taknya melayu sesat masuk kedai cina dah kenapa? Time tu istilah 1 Malaysia tak wujud lagi. *tetibe*
Sorang amoi ni pun mintak order “mau minum apa?” TEH TARIK EMPAT. Semua bantai minum sama,tak pikir ape dah. Dahaga. Dahaga... kedai cina tu memang riuh. Dorang pun bantai sekali riuh sembang,even dorang je riuh cakap melayu. Keh keh keh. 


Dah habis lincin teh dorang teguk. Yg si driver ni bangun g kat uncle kat kaunter nak bayar. Yang peliknya uncle tu cakap teh tarik tu semua dah bayar. “wei,hampa dah bayaq ka?” member ayah aku tanya member yg lain...semua pakat geleng kepala tanda belum. Tapi uncle tu kata dah bayar. So dorang time tu muda muda lagi,so dengar kata takpayah bayar memey watlek wat peace ahh “rezeki katanyaaaa”


Keluar je dari warung baru dorang teringat... perghh mana pergi second group ni? Kalau dah lalu takkan taknampak kereta kita ni? Haihh. Dah 20 minit kita kat sini.
Baru je cakap tiba tiba nampaklah kereta second group ni.

*Yang kereta baru sampai ni pun turunkan cermin kereta dia*

Second group : wei,sorry lambat. Korang apehal tercegat kat sini?


First group : Tunggu korang lambat sangat singgah pekena teh tarik sat. Legaa...


Second group : Teh tarik ape kejadahnya kat KUBUR CINA NI !!!????







*semua terdiam*


*perlahan lahan sorang sorang toleh kepala pandang belakang*



*krik krik krik krik*




BETUL !

Memang takde warung terang berderang tadi.
Yang ada Cuma............KUBUR CINA lama.....yang penuh semak samun.....rumput lalang semua tinggi.......


Second group : Dah ah wei,masuk kereta cepat. Jum gerak balik sama.


*semua cepat cepat masuk kereta*



*sepanjang perjalanan balik,tak ada sorang pun yg bersuara dalam kereta. Semua diam membisu macam takde mulut.muka pucat macam mayat hidup*







Sampai sekarang dorang still tertanya tanya. Dan korang para pembaca pun confirm tertanya tanya.


1) Kenapa dorang je Nampak warung cina tu? Tapi group satu lagi tak Nampak?

2) Air teh tarik panas yang dorang minum tu sebenarnya apa?

3) Kenapa uncle cina tu kasi minum free?



Aku ada jawapan bagi semua soalan kat atas..Cuma..aku pakai kepala otak aku sendiri... a.k.a pakai hentam.

Setuju tak setuju dengan jawapan aku itu korang punya pasal. Lagipun story ni ayah aku yg citer kat aku bukan kat korang. *nampak permainan dia?*   Wekkk. Lol

1) Kenapa dorang je Nampak warung cina tu? Tapi group satu lagi tak Nampak?

Jawapan : sebab group lagi satu tak dahaga.


2) Air teh tarik panas yang dorang minum tu sebenarnya apa?

Jawapan : teh tarik warna coklat cair. So berkemungkinan besar air kencing cina  ataupun air taik cirit. *boleh muntah kalau nak*



3) Kenapa uncle cina tu kasi minum free?

Jawapan : Dah kata takat air kencing,air taik, nak mintak duit buat apa kan? Daripada membazir buang kat jamban,lebih baik derma kt orang yg dahaga. lol


k.bodoh. 

aku tahu........

tapi sekurang kurangnya aku usaha gak ah nak jawab soalan. yang korang asyik sibuk nak baca jawapan aku jee. keh keh keh.


actually ada berlambak lagi story hantu yang aku nak cerita. tapi.. tunggu next post lah yer. lagi seram. ni takdelah seram sangat..... ni saja nak *pembuka bicara* wahh gitu..








ps : Tak seram? ada aku bagi tahu awal awal tadi story hantu ni seram? takde kan kan? k.bye

















2 ulasan: