Selasa, 5 Februari 2013


Assalamualaikum pembuka bicara. *pembuka bicara lah sangat kan* heh. Actually dh berzaman aku create blog ni. Tapi sepanjang tahun lepas tak dapat nak update kerana menumpukan perhatian sepenuhnya untuk Sijil Pelajaran Malaysia. *Nampak tak poyo dia??* *bajet tumpu tapi manjang Derek addmath bawah sepuluh jaa,kbye*



okay mesti korang pelik dah apehal tiba tiba gambaq cik iera bucuk ni keluaq en? tujuan sebenarnya sengaja nak bagi korang ingat siapa empunya blog ni. itu je motif dia. puihh.


 So,for the first update untuk tahun ni aku bukakkan blog aku dengan tajuk hantu. Why tajuk hantu? Bukan sengaja nak jet jet semut buat cerita panas ala ala kisah hantu uitm Melaka,tapi nak keluarkan satu per satu story hantu yang sejak azali aku SAVE dalam kepala aku. Disebabkan kepala otak aku memory semacam full *full dengan benda benda meqapu tahap gaban* so aku decide nk kongsi dengan semua melalui blog aku yang dah bersawang ala ala spiderman punya sawang. Pehh pehh pehh.


*mohon tutup sound cause nanti asyik dengar lagu sweet ni hantu pun tergelak*



AMARAN :

1) Aku tidak menggalakkan sesiapa yang tak berani,penakut,pengecut,lemah tenaga, lemah semangat untuk baca story blog aku kali ni.


2) Yang lemah tenaga batin tidak mengapa. Heh.


3) Pastikan korang baca berseorangan.


4) Sebelum baca, pandang ke syiling selama 13 saat, pandang ke kanan 13 saat, pandang ke kiri 13 saat.....tapi..jangan..pandang....BELAKANG! JANGAN !


5) Jikalau mengalami sebarang “gangguan’. Disarankan membaca surah “tiga kul” dan juga ayat kursi sebagai pendinding.



~ Kalau AMARAN no.3 korang tak ikut.
~ Kalau AMARAN no.4 korang tak berani nak buat.
~ Kalau AMARAN no.5 korang dah rasa seram.




KORANG DIISTIHARKAN SEBAGAI LEMAH SEMANGAT !!!




k.aku gurau. Chill............




ni makcik jiran belakang rumah yg tunggu anak dia balik dari mengaji.
( iklan sebentar )



Bermulanya kisah ~


    Seriously story ni pokok pangkalnya bukan aku sengaja reka-reka. Tapi kejadian ni betul betul berlaku dan dialami oleh kawan ayah aku sendiri. Kejadian ni telah lama berlaku dalam tahun  90 an macam itu ( ayat ala ala karangan BM ). Kemudiannya diceritakan ayah aku kepada aku,seterusnya dari aku kepada kamu. *Nampak permainan dia? nampak tak??* even dah lama,aku tak pernah lupa kisah ni cause ayah aku asyik ulang cerita ni tak habis habis. 
*kau tahu astrokan? Haa lebih kurang mcm tu,suka ulang ulang* . Krik krik krik



Cite dia cemni.......


    Time tu weekend kawan kawan ayah aku plan nak pergi memancing sama sama,dalam 6,7 orang . Dorang bertolak malam dalam pukul 9 macam tu,konvoi dua kereta. Agak jauh gak perjalanan. * tak ingat destinasi* destinasi??? Tempat sudehh..dah sampai tempat tu dorang pun start mancing bagai sampailah dekat tengah malam buta. Pukul 1.30 pagi group kereta pertama decide nak balik. So yg group kreta kedua ni kata “korang gerak ah dulu,nanti kita org follow belakang” 

*tahun 90 an ayat cemni ke?, tipu iera ni. Kah kah kah* ahh janji korang paham en en en.

So,yang group kreta first ni pun gerak dulu. Time tu highway belum siap lagi. RnR yg ada jamban cantik cantik,siap KFC,playground bagai memey tak wujud ah citer dia. Jalan gelap gelita,lalu kebun getah,hutan rimba semua,jalan kampung. Kampung pun lampu tak berape nak ada. Guna pelita je satu kampung. Romantik kalah kau. Heh.

Dalam perjalanan tu,Driver dh mula rasa mengantuk. Mana taknya dah pukul 2 pagi. Kalau setakat berjaga online twitter,bukak mata sebelah pun boleh. Ni driving..gila kau tak ngantuk doe. Dorang pikir nak berhenti kat warung mana mana singgah minum jap. Basahkan tekak,hangatkan tekak dengan ayaq panaihh...

Dalam 1 km lepastuh, dari jauh dorang Nampak macam bercaya terang berderang and orang pun boleh tahan ramai. Rupa rupanya kedai makan cina. So yang si driver ni cadangkan minum je kat kedai Cina tu,janji jangan makan sudeh. Minum pun jadi lah bagi hilang dahaga and mengantuk lagipun sambil tunggu group kreta lg satu. Yang lain pun kira On je ah.

Bila dorang masuk je kedai makan cina tu,semua pelanggan cina dalam kedai tu usha ketat jee kat dorang. Mana taknya melayu sesat masuk kedai cina dah kenapa? Time tu istilah 1 Malaysia tak wujud lagi. *tetibe*
Sorang amoi ni pun mintak order “mau minum apa?” TEH TARIK EMPAT. Semua bantai minum sama,tak pikir ape dah. Dahaga. Dahaga... kedai cina tu memang riuh. Dorang pun bantai sekali riuh sembang,even dorang je riuh cakap melayu. Keh keh keh. 


Dah habis lincin teh dorang teguk. Yg si driver ni bangun g kat uncle kat kaunter nak bayar. Yang peliknya uncle tu cakap teh tarik tu semua dah bayar. “wei,hampa dah bayaq ka?” member ayah aku tanya member yg lain...semua pakat geleng kepala tanda belum. Tapi uncle tu kata dah bayar. So dorang time tu muda muda lagi,so dengar kata takpayah bayar memey watlek wat peace ahh “rezeki katanyaaaa”


Keluar je dari warung baru dorang teringat... perghh mana pergi second group ni? Kalau dah lalu takkan taknampak kereta kita ni? Haihh. Dah 20 minit kita kat sini.
Baru je cakap tiba tiba nampaklah kereta second group ni.

*Yang kereta baru sampai ni pun turunkan cermin kereta dia*

Second group : wei,sorry lambat. Korang apehal tercegat kat sini?


First group : Tunggu korang lambat sangat singgah pekena teh tarik sat. Legaa...


Second group : Teh tarik ape kejadahnya kat KUBUR CINA NI !!!????







*semua terdiam*


*perlahan lahan sorang sorang toleh kepala pandang belakang*



*krik krik krik krik*




BETUL !

Memang takde warung terang berderang tadi.
Yang ada Cuma............KUBUR CINA lama.....yang penuh semak samun.....rumput lalang semua tinggi.......


Second group : Dah ah wei,masuk kereta cepat. Jum gerak balik sama.


*semua cepat cepat masuk kereta*



*sepanjang perjalanan balik,tak ada sorang pun yg bersuara dalam kereta. Semua diam membisu macam takde mulut.muka pucat macam mayat hidup*







Sampai sekarang dorang still tertanya tanya. Dan korang para pembaca pun confirm tertanya tanya.


1) Kenapa dorang je Nampak warung cina tu? Tapi group satu lagi tak Nampak?

2) Air teh tarik panas yang dorang minum tu sebenarnya apa?

3) Kenapa uncle cina tu kasi minum free?



Aku ada jawapan bagi semua soalan kat atas..Cuma..aku pakai kepala otak aku sendiri... a.k.a pakai hentam.

Setuju tak setuju dengan jawapan aku itu korang punya pasal. Lagipun story ni ayah aku yg citer kat aku bukan kat korang. *nampak permainan dia?*   Wekkk. Lol

1) Kenapa dorang je Nampak warung cina tu? Tapi group satu lagi tak Nampak?

Jawapan : sebab group lagi satu tak dahaga.


2) Air teh tarik panas yang dorang minum tu sebenarnya apa?

Jawapan : teh tarik warna coklat cair. So berkemungkinan besar air kencing cina  ataupun air taik cirit. *boleh muntah kalau nak*



3) Kenapa uncle cina tu kasi minum free?

Jawapan : Dah kata takat air kencing,air taik, nak mintak duit buat apa kan? Daripada membazir buang kat jamban,lebih baik derma kt orang yg dahaga. lol


k.bodoh. 

aku tahu........

tapi sekurang kurangnya aku usaha gak ah nak jawab soalan. yang korang asyik sibuk nak baca jawapan aku jee. keh keh keh.


actually ada berlambak lagi story hantu yang aku nak cerita. tapi.. tunggu next post lah yer. lagi seram. ni takdelah seram sangat..... ni saja nak *pembuka bicara* wahh gitu..








ps : Tak seram? ada aku bagi tahu awal awal tadi story hantu ni seram? takde kan kan? k.bye

















Selasa, 6 Disember 2011

Iera Naziera KEMBALI YAWW :D



first of all tayang sikit gambar okey . takut korang dah lupe muke 
PENULIS mcm mana . walaupun xsecantik FASHA SENDAT mahupun se SEKSI MEGAN FOX . tapi sila ingatlah ye . hahaha

Assalamualaikum . kalau xjawab dosa , kalau jawab dapat pahala , okey ? haha . Fuhh , bersawang habih blog aku nih , mengalahkan rumah kosong ye kawan kwan . inilah akibatnye dah berzaman tak mengupdate blog :p
 HARAP MAAF YE KAWAN KAWAN . SEGALA KESULITAN AMAT MENYULITKAN . HAHAHAHAHA .


kali nih aku nak merapu mengenai kehidupan semasa cuti aku yang amat MEMBORINGKAN + MENYEKSAKAN . xpercaya ?? meh baca . meh meh :p


aktiviti setiap hari .

Bangun pagi...
tonyoh mate kiri , tonyoh mate kanan .
tengok tingkap .
cahaya dah menerjah masuk dgn ganasnye 
( tapi tak seganas HARIMAU MALAYA ) :P
hmm . tonyoh mate balik .
tapi still xbangun bangun .
masih terbaring . . .
dalam keadaan KEMALASAN dan KELEMASAN . fuhhh .
( mengeluh panjang . . . )


Guling - guling ke kiri dan ke kanan .
ahhh . still malas bangun !
korek taik mate ,
calit tepi katil -..-
guling balik . . . . .


guling , guling dan terus guling . . .


Dengar MUMMY panggil ...

Guling sampai jatuh katil
tak smpai sesaat dah ade dlm jamban . 
perghh . begitu Cergas pergerakkan . same cergas dengan gaya nazmi faiz menyepak bola terusss ke dlm GOL !!! yeahhh . ( sorry . xde mengena ye . harap mklum )

hmm . kembali lemah .
dah mandi , pakai ape yg patut . yg xpatut pun aku pakai . ngeh ngeh

Berdiri Tegak depan cermin .
senyum sorang sorang ( macam seliper koyak )
tengok GIGI
perghh . macam rabbit ade , mcm memerang pun ade .
ahhh . ABAIKAN .....
tengok muke dekat dekat .
renung lama lama . renung lagi . ....lagi lama .... lama lagi  .. . .=..=
pusing kanan . . .

pusing kiri . . .

jangan pusing belakang . ngeh ngeh

hmm , jerawat dah takde .
tapi muke still xlawa mna pun.
ahhh . ABAIKAN . 


check handfone .
ecehh . . banyak mesej .
mesej mmber aku balas dulu
mesej budak laki . .hmmm

yang mana hensem aku reply cepat .
yang sedehana hensem . kemudian .
yang selekeh , ahhh . ABAIKAN . har har har :P 
( hanya gurauan semate mate . )


nak kemas katil .
MALASSSS .
KELUAR PINTU .
tengok mummy ade dekat ruang atas .

masuk bilik balik .
kemas bilik lawa lawa .
baru keluar .
MUMMY AKU GARANG OKEY ! AKU TAKUT ! HAR HAR HAR .



dah lah . malas nak tulis . penat . amacam ? bosan kan ? tuh baru bab aku baru bangun tido. hahahaha . belum ape2 lagi . haihh
sepanjang cuti nih . aku jadi BIBIK kat rumah ,


basuh pinggan

kemas dapur

mop lantai

kemas bilik TV 

ruang tamu

sidai kain

sapu halamn rumah

cuci kereta .

semua arahan diberi oleh mummy ku .

mummy : HANG BUAT APA YG MAK SURUH .

iera        : OKE . GANJARAN ?

mummy : PAHALA

iera        : TUH AKHIRAT , DUNIA ???

mummy : PENAMPAQ HANG MAU ???

HAR HAR HAR . garang tak ? SERAMMMM nihhh  ! hehe .
btw , i love you MUM . 


xcaya aku jadik bibik ? meh meh
ade bukti . hehehehe


haaaa . nih BIBIK import dari INDON . ehh ehh , hidung aku tinggi sikit . so mybe dari BANGLADESH or MYNMAR yee . hahahaha .
kemas taman mak aku . fuhh . penat ye kwn2 . yg pnting KAIN BATIK MAHAI TUHH . hahaha . dah bersih tmn . haaa , pastuh .





haaa , cuci kereta PUAN NORAINI YE . mmg agak banyak songeh PUAN NORAINI . tapi xpe . ganjarannye pahala yg besar ye kwn2 . hahaha . walaupun xde gaji . xpe . aku ikhlas <3 . cayang mak tetat tetat . nanti iera ade leshen mummy bg kereta nihh aww aww . oke . muaaahhhh . hahahaha .  ps : NOMBOR PLAT KRETA SILA ABAIKAN . HAHAHA


sekian . karangan MERAPU DARI IERA NAZIERA YAWW . muaahhh .




Rabu, 29 Jun 2011

NAZIERA GILA LENSA PUNYAA CERITA ~ yaa sememangya KOSONG !



KOSONG !
Ye . .sememangnye kosong ! ataupun dlm bhsa inggerisnye EMPTY ! dalm bhasa jepunnyee . ..CEH , p cari kat GOOGLE TRANSLATE la woii . haduii . hakhak .
Kosong yang nak aku cerita kali nih , bukanlah KOTAK , TIN mahupun AIR KOSONG. Tp kosong kali nih melambangkan kehidupan aku yg kini aku raseekan SEOLAH olah KOSONG !!
( penulis mmg suke cakap KOSONG-wartawan )
Hahaha .

Kadang2 aku sembang ngn mmbe2 aku bukan maen riuh , kecoh diselitkan dgn lawak2 yang semmgnye bodoh . kire kalau bab sembang2 ahli mesyuarat tingkap nie , confirm aku akan jd perhatian . al-mklumlah Iera Naziera kalau nak ceritaa mmg nk tip top jee ! ngeh ngeh . walaupun nmpk cam aku cool , relax time smbg2 nih but actually. ...jiwa...aku ulang lg skali , jiwa ! jiwa ! jiwa aku KOSONG !!
( penulis xhabes habes dgn KOSONG dia )

Seolah olah jasad aku jee ade kat situ , tp ROH aku trtggal kat rumah . perghh ! gempakkan ? haha . ermm . sekarang . aku byk diamm . aku cume ckp bile aku rsa perlu..dulu , aku mcj ngn mmbe2 memanjg. 3-4 ribuu mcj dlm mase dua,tiga mggu , tuh perkara biase . sekarang ? 43 mcj dlm inbox aku still xreply . aku biakan . aku tuka 6be fone laen , bia xde sape dpt cari aku lagii . biar !! walaupun sbnrnyee aku sunyi sgt2 !
( 43 mcj . puihh ! bajet hot penulis nih )


Pernah aku dok tepi katil smbil piker bile DUNIA KEJAM nih akan berakhir . BILE ?? BILE ?? bile KIAMAT LA BODOH ! jawb otak aku yg tetibe pndai mnjwb soalan cepu mas . bile aku tersedar rupe2nyee dah hmpir sejam aku mengelamun bile dunia kejam nih akan berakhir . BODOH KAN ???
( asal tepi katil ? nape tak atas katil ?-wartawan)


Tiba2 aku terpandang botol CLOROX tepi bilik aku . aku perhati dgn penuh KUSYUK . lagi kusyuk dr aku SOLAT td ! ngeh ngeh . aku cepat2 amek botol CLOROX uh , bukak botol uh and sepantas kilat aku tuang dlm mulot aku . . .xxxxxx . . otak aku yg tgh kusut nih seolah olah berhnti berfungsi . jantung aku mcm dah berhentii berdegup lg .aku berpeluh peluh . . fuhh . dah habes rupenye CLOROX uh . PUIHH ! wat suspen jee . hahaha

( pembetulan , penulis hanya memndg botol CLOROX itu sahaja . yg sterusnya hya AUTA semate mate , al.mklumlh . penulis kalau critee mmg nak TIP TOP je keje . haha – wartawan )


ANYWAY , PLEASE . jgn tya kenape aku jd cmnie . coz aku sndri pon xdpt jwpn yg tept . apa yg pasti aku akn dektkan diri dgn ALLAH .SWT supaya hati aku jd tenang .

IM REPEAT AGAIN . don’t ask me why . and stop PRETEND that u care ABOUT ME !!!!

( harap maaf , pnulis mengalami tekanan jiwa yg amat kritikal . sila sedekahkan al.fatihah supaya bliau cpt smbuh ~ )


Ahad, 26 Jun 2011

NAZIERA GILA LENSA PUNYAA CERITA ~



NAZIERA GILA LENSA PUNYA CERITA ~
Assalamualaikum , salam sejahtera and salam satu dunia . ehem . Blog I world wide oke ! (puiihh ! gila prasan si naziera nih ! ) hahaha . Sudah lma aku xmrapuu dlm blog kesayangan aku yg tip top nie ! ( pnulis prasan tiptop ).Ngeh ngeh . Btw MINTAK AMPUN kepada smua followers sbb dah lma aku x MENG-UPDATEKAN blog aku yg tiptop nie ! ( pnulis prasan tip top lagii ! )

Aku start memblogging semula slepas tidak TAHAN di MAKI hamun di FB . haha . ade yang IM aku kat FB “ woii ! asyik FB jee .bile nk update blog kau ha ??” amboii . smpai begituu skali yer . ade lagi trok . “ minah oii , kalau mls nk update blog tgn tuh jgn la gatal2 nak wat blog yer”
Walaupun ayat si pghantar2 td agak “LANCAU” aku memaafkan mereka dan menyalahkan diri aku sndiri . HAHAHA.


Ceh ! mcm laa..blambak sgt followers aku . ngeh ngeh. Nak kate critee aku best . aku rase biase je der . Mybe best sgt la kot tuu yg dorang tergedik2 , tertggu2 nak baca . hahaha . BTW , THX k kerana MENYAPORT PORT blog IERA NAZIERA yg “ biase-biase jee ni” hehe.
Oke . sekarang nih aku nak mnjawb sgale isu-isu terhangat ( hangat hangit la sgt. . .) . sbelum tuu mari beramai ramai kite mncuci mate mlihat gmbaqq Iera Naziera yg smemangnye GILA LENSA ! haha . Kalau agak2 mate tuh dah nk bute mlihat gelagat Naziera yg TERLEBEY POYO “ sila titiskan mate anda dgn Clorox ..woii !! silap2 EYEMO ye  EYEMO!! haha”





TUDIAA tudiaa dia maii dahh dia maii dahh . hahaha . my mom said to me " gambaq hang pakai spek sbijik cam ber0k tua " hahaha . rancak kan mak aku ? haha . mmg betol pon . ngeh ngeh . actually my mom jealous ! just that . HAHA .



oke . dah2 . byk sgt gamba yg POYO2 takot korang bute ! ngeh ngeh . actually tujuan aku menayangkan gmba2 yg gile2 nih adalah igin mnjawb sgale gosip2 . .ceceh gosip kunun . HAHA . gossip yg kunun2 nyee aku sebok ngn photoshoot larh apela . haduiii . wei !! agak2 la doe photoshoot . muke aku pon cam TEMBOK skolah !. ade hati nak jd model photosht la hapelaa. .haha ( tuhan suke kite mrndah diri ) :P hehe . oke . sebenarnyeeeeeeee . .nih dalam bilik aku . xde mengena pon ngn studio ke hape . kowang pikir aku YUNA ke ape nak ade2 photosht la , studio la. haha . so . STOP asking me "katmane" oke ? ngeh ngeh . and . untok sape2 yg nak bntuan aku tok edit pic . just sent ur pic at my FB k . :) then . upah . kitee bincang laen . muahahaha . bye <3

Isnin, 6 Jun 2011

KAEDAH MOKHDAR


KAEDAH MOKHDAR ??
pekebende plak nie ea ? utk pengetahuan korang . ni laa kaedah yg mengasah minda supaya lebih peka , cepat , pntas , ligat , dan seangkatan dgn nye . kaedah nih mggunakan bhsa nombor , oke . actually sumpah aku mls nk tergkan coz aku still dlm mood KEPENATAN ! harap maaf . sgala kesulitan amat dikesali . ngeh . ngeh

Kaedah Mokhdar mcm kem la lebih kurg coz kena stay kat Resort slama sminggu . best ? aku bukan nk spoil kan cerite la en . tp MMG X BEST ! ngeh ngeh . aku mengade ngade ?? bukan ape . korang try la bygkan kan resort dia terletak di tgh2 country home rawang yg mmg sah xde ape2 yg menarik mahupon ombak laut yg mengasyikkan ataupon sungai yg mengalir deras ( A.Samad Said mai dah , mai dah ) . .ape yg ade just KOLAM RENANG yg klau nak berenang kena baya rm 5 sorang . ceh . mahal berapi . stakat kolam reng yg ade patung ikan and kure2 tuh pikir gempak sg arh ? ceh . puihh ! hahaha . but stakat KOLAM renang uh aku wat x heran jee . sape yg jakun jelah yg nak sgt mndi kt kolam tuh . HAHAHA . ( sorry , mulot i byk insurans ) kuakua . anyway klau aku nk sgt mndi kolam. aku leh brenang slama mna yg aku suke and free of charge kat umah kakak aku . kan SIS IDA kan ? aku p lepak umah hg and bawak segerombolan membe mmbe aku nnt k ? ngeh ngeh .


oke . nak bebel or komplain ape2 pon . kite snap pic tepi kolam yg kunun2 nye 10 star nih k. HAHAHA ( perli terlebey pekat )


oke . sekalian, nih la mmbe2 aku time kat sane . ewwaah . perempuan melayu second terakhir la katekan, yg paling akhir Iera Naziera . kahkah .


sebelum sesi kelas bermula . mari kite same2 mmbace doa mnuntut ilmu . eh , eh ! sbelum tuh kite snap snup snep pic dlu k . . cenyum2 . ngeh ngeh

bile ngh kusyuk owg depan dok bg ceramah then tgn aku gatal2 snap2 pic nih mknenye , minda aku dah terlebih tajam untuk di asah . HAHA . actually aku time nih MENGANTOK TAHAP CIPAN wei . . mana xnya . pagi2 dah kena bgon . wat gitu , wat gini . dh are tido lewat coz kena menari OPEN BANANA , SIFIR SIPUT , LAGU MONYET . .lagu2 dia mmg bodoh . tp bile lagi korang boley bodohkan diri korang kan ? hahahaha .



HAMEK KAU ! tido tros ! kan aku dah kate p0nat menari lagu monyet semalm . hihihihi . Iera Naziera plajar cemerlang . wlupon kepenatannya TERSERLAH , beliau tidak tdo smasa wktu belajar ( kenyataan ini tipu smata mata , beliau dilaporkan tido slama setengah jam persamaan 30 minit semasa kelas LAN LAN KU KA KA NAP dijalankan ) harap maklum . hahaha . ranncakk . .
bismillahirohmanirohim. . .YA ALLAH , permudahkan lah bg ku untuk menerima ilmu LA LAN KU KA KA NAP nih . payah bona nk mengingatnya . HAHA . dan yang paling penting . . YA ALLAH , Tolg perceptkan kem nih . AKU NAK BALIK !!!!!! hahaha

Ape yg x best just kemudahan yg terdapt di resort nih . just that oke . bab ilmu , persahabatan ? mmg TERBAIKK wookkk ! mmberi seribu satu dua dan tiga kenangan kepada pelajar2 yg mnyertai Kursus Kaedah Mokhdar nih .:P terima kasih kami ucapkan kpda tnga pengajar abg izham , kak Bal , kakak2 FC , and Abg2 FC yg tidak jemu2 mmbuat lawak bodoh yg sememgnye bodoh . hahahaha . untuk FC dato' tolg berhnti maen laser semasa kelas dijalankan . sekian . hehehe .

nih antara gmba2 kenangan
segerombolan aweks .
mama ! i want to go home rightnow ! haha


 ewah , ewah . awek ! nak nombo buley ? hihi

awek paling HOT kat kem MOKHDAR . hahaha


yeah ! kakak paling mnjee . ehem ! hehe